Cetak

MOHON SUMBANGAN PEMBINAAN MASJID PESANTREN AL-FATAH LAMPUNG, INDONESIA

 

an-nubuwwah

 

surah

Maksudnya : “Bandingan (pahala) mereka yang membelanjakan harta pada jalan Allah S.A.T adalah seperti biji benih yang menumbuhkan 7 tangkai dan pada setiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Allah melipat gandakan bagi sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas (Kurnianya) lagi menengetahui”

Surah AlBaqarah Ayat 261

 

Assalamualaikum...

Sukacita dimaklumkan bahawa SM imtiaz Ulul Albab Melaka bagi pihak Pesantren Al-Fatah Lampung, Indonesia, memohon sumbangan daripada mana-mana pihak yang ikhlas untuk pembangunan Masjid An-Nubuwwah di Pesantren Al-Fatah Lampung, Indonesia. Sumbangan boleh terus disalurkan ke dalam akaun:


SEK MENimtiazULUL ALBAB MELAKA

NO. AKAUN SUMBANGAN:
262-002-000148-6 (AMBANK)

Sumbangan daripada pihak tuan/puan akan diserahkan kepada pihak Al-Fatah Lampung, Indonesia pada 22 November 2014 (Sabtu) bersempena dengan Majlis Graduasi Al-Huffaz 2014. Rebutlah peluang untuk menyumbang sambil beramal dan sumbangan anda menjanjikan saham di akhirat kelak.

 

Cetak

LAWATAN PIHAK LEMBAGA KEBAJIKAN PEREMPUAN ISLAM MALAYSIA KE IMTIAZ MELAKA

Alahamdulillah.

Pada 28 Oktober 2014, SM imtiaz Ulul Albab Melaka telah dikunjungi oleh tetamu daripada Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia. Turut hadir untuk memeriahkan sambutan adalah YBhg Datuk Seri Hajjah Hamidah Binti Khamis (Pengasas SM imtiaz Ulul Albab Melaka) dan YBhg Datuk Hisham Bin Abd Majid (Pengerusi Y2G Ulul Albab Center Of Excellence). Tujuan tetamu daripada Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia hadir ke sekolah ini adalah untuk mengenal dengan lebih dekat lagi tentang SM imtiaz Ulul Albab Melaka.

DSC 0969

 

YBhg Datuk Seri Hajjah Hamidah Binti Khamis dan tetamu daripada  Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia disambut oleh warga SM imtiaz Ulul Albab Melaka

 

DSC 0999

 

Laungan ikrar pelajar yang diketuai oleh Khairul Fawzan Bin Kamarunzaman

 

DSC 1007

Ucapan aluan daripada YBhg Datuk Hisham Bin Abd Majid, Pengerusi Y2G Ulul Albab Center Of Excellence

 

DSC 1046

Ucapan daripada YBhg Datuk Seri Hajjah Hamidah Binti Khamis, Pengasas SM imtiaz Ulul Albab Melaka

 

DSC 1112

YBhg Datuk Halipah Binti Esa menyampaikan ucapan dan kata-kata semangat kepada pelajar.

 

DSC 1339

Sesi perbincangan dan perkongsian maklumat antara pihak SM imtiaz Ulul Albab Melaka dan pihak Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia.

 

Warga SM imtiaz Ulul Albab Melaka mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia kerana sudi meluangkan masa untuk melawat sekolah kami. Semoga lawatan daripada pihak Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia memberikan keberkatan daripada Allah SWT ke atas sekolah kami.

 

GAMBAR-GAMBAR LAWATAN LEMBAGA KEBAJIKAN PEREMPUAN ISLAM MALAYSIA

 

 

 

Cetak

PROGRAM HAFAZ AQSO KHAS UNTUK TINGKATAN 3

Assalamualaikum.

Sukacita dimaklumkan kepada ibu bapa pelajar Tingkatan 3. Permohonan untuk mengikuti program Aqso Tingkatan 3 akan dibuka tidak lama lagi. Segala maklumat berkaitan dengan program tersebut adalah seperti lampiran dibawah.

Harap maklum.

 

aqsot3

 

 

Cetak

MAJLIS RESTU ILMU 2014 - IBU BAPA PELAJAR TINGKATAN 3 SAHAJA

 

 

restu ilmu 2014 2

 

Majlis Restu Ilmu merupakan langkah dan persediaan terakhir calon PT3 untuk menghadapi peperiksaan sebenar. Program ini diadakan untuk menyediakan calon PT3 dari segi fizikal dan mental sebelum menduduki peperiksaan sebenar. Rasionalnya Majlis Restu Ilmu ini diadakan adalah kerana restu ibu bapa dan guru serta bimbingan & motivasi mampu menjadi kekuatan kepada pelajar untuk menghadapi peperiksaan di samping sokongan berterusan daripada pihak sekolah.

 

Butiran adalah seperti berikut :

Tarikh: 11 Oktober 2014 (Sabtu)
Masa : 6 Petang
Tempat : Surau SM imtiaz Ulul Albab Melaka
Pakaian :
Lelaki : Jubah Putih
Perempuan : Jubah Hitam

Kehadiran tuan/puan bersama sepinggang kuih amat kami hargai.

 

Tentatif Program : 

MASA

PERKARA

6.00 petang

Ketibaan ibu bapa pelajar

6.30 petang

  • Makan malam

7.30 petang

  • Solat Maghrib secara berjemaah *
  • Solat Hajat secara berjemaah*
  • Bacaan Yasin*
  • Solat Isya secara berjemaah*

9.00 mlm

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  • Kata-kata aluan pengerusi majlis
  • Kata aluan Pengarah Program, En. Huzainor
  • Penyerahan majlis kepada moderator En. Muhammad Asri B. Hj. Husin

Pen. Pengarah Kaunseling, Kolej Matrikulasi N. Sembilan

  • Ucapan pelajar ( 3 orang)
  • Ucapan wakil ibu 
  • Ucapan wakil bapa
  • Ucapan wakil guru
  • Ucapan ayahanda  pengetua
  • Penyerahan sijil dan cenderahati pelajar  
  • Bersalaman - selawat
  • Jamuan ringan
  • Bersurai

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En. Huzainor Bin Hamzah. No Tel. 013-4281694

 

Harap Maklum.

 

"Kami berdoa dan merestui serta gunakanlah segala ilmu yang telah dicurahkan untuk mencapai kecemerlangan. Kami ikhlas mendidikmu. kami rela melepaskanmu untuk pergi berjuang berbekalkan ilmu yang telah dicurahkan. Gunakanlah sebaik-baiknya. Jawapan ada ditanganmu..buatlah yang terbaik..kerana anda adalah yang terbaik bagi kami...selamat berjuang"

 

 

FaLang translation system by Faboba