pengenalan

imtiaz Melaka - Center of Excellence adalah sebuah sekolah agama berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Sekolah ini diuruskan oleh Y2G - Ulul Albab Center of Excellence yang beroperasi di Kuala Lumpur.

Matlamat utama penubuhan imtiaz Melaka adalah untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam subjek Agama dan Akademik, tetapi juga berkemahiran dalam bersosialisasi serta kepimpinan.

Penekanan sistem pembelajaran sekolah ini adalah melalui Program Ulul Albab iaitu Hafazan Al-Quran, penguasaan pelbagai bahasa dan pendedahan kepada Sains & Teknologi serta keupayaan minda yang akan melahirkan pelajar-pelajar "Soleh Pintar" yang cemerlang dalam semua bidang dan mempunyai keperibadian muslim yang unggul.

FaLang translation system by Faboba