imtiaz Melaka adalah sebuah sekolah agama yang berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang diuruskan oleh sebuah syarikat iaitu Y2G - Ulul Albab Center of Excellence beribu pejabat di Kuala Lumpur.

Sistem pendidikan yang digunapakai di imtiaz Melaka ini adalah berkonsepkan gabungan dwi-aliran iaitu Kurikulum Kebangsaan yang digabungkan dengan Program Al-Quran termasuk subjek subjek agama yang dirangka mengikut kesesuaian serta keperluan semasa.

Nama imtiaz Ulul Albab Melaka yang didaftarkan ini juga adalah bersesuaian dengan maknanya iaitu ‘Cemerlang’ dan Program Ulul Albab yang dipelopori oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Permulaan imtiaz adalah dengan bermulanya penubuhan imtiaz Besut yang diilhamkan oleh Dato' Seri Hj Idris bin Jusoh (gambar), mantan Menteri Besar Terengganu juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh merangkap Ketua Umno Bahagian Besut.

mb-14-206x300

 

Yuran yang dikenakan adalah cukup minimum iaitu Yuran Program, Aktiviti & Material (PAM) berjumlah sebanyak RM100.00 (Satu Ratus Ringgit sahaja) sebulan.

Sebarang perubahan akan dimaklumkan oleh pihak kami dari masa ke semasa dan dinasihatkan agar pemohon sentiasa mengikuti perkembangan melalui website ini.

FaLang translation system by Faboba